Seminar Nusantara: Islam di Asia Tenggara Institut_Wasatiyyah_Malaysia

Pada 18 hingga 20 Januari, FELDA dengan kerjasama Persatuan Generasi Bestari dan MYKMU telah mengadakan satu seminar "Islam Di Asia Tenggar" bertempat di PWTC, Kuala Lumpur Malaysia. Majlis ini dihadiri oleh wakil-wakil muslimin dari segenap pelusuk Asia Tenggara. Ianya bertujuan untuk membincangkan hal-hal berkaitan perkembangan Islam di Asia Tenggara.[4]

Dengan bertemakan slogan "Harapan Dan Cabaran" seminar ini memberikan satu anjakan paradigma tentang perubahan sekitar umat Islam di Asia Tenggara.[5]Dunia Islam amnya dan Asia Tenggara khasnya, melihat Malaysia sebagai negara Islam paling berjaya membangunkan masyarakat dan negara hasil penghayatan dan aplikasi ajaran Islam yang sederhana (wasatiyyah) dan berhikmah.

Malaysia berjaya membangunkan asas-asas ekonomi, sosial dan agama secara adil dan saksama walaupun dalam suasana kemajmukan rakyatnya.

Pada masa yang sama, jika wujud sebarang isu masyarakat Islam minoriti di mana-mana negara Asia Tenggara, Malaysia mampu memainkan peranannya.

Hakikatnya kewibawaan Malaysia ini adalah hasil sokongan majoriti rakyat kepada sebuah kerajaan yang berkesinambungan dan hasil kebijaksanaan pemimpinnya mengemudi negara sejak merdeka.

Justeru,Seminar Nusantara – Islam Di Asia Tenggara : Cabaran Dan Harapan yang diadakan menghimpunkan tokoh ilmuan dan pemimpin masyarakat Islam dari negara-negara Asia Tenggara, bagi melahirkan kesepakatan agar mampu berperanan dengan sebaik mungkin di negara masing-masing.

Pembentang Kertas Kerja

Kontroversi

Semasa berlangsungnya seminar tersebut, wakil pembentang dari Singapura Prof Muhammad Hussin Bin Mutalib telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan warga Islam di Singapura bernasib lebih baik dari warga negara Islam di tempat lain.

Perkara ini telah mengundang perasaan yang tidak senang dari kalangan peserta seminar. Mereka melahirkan rasa tidak puas hati semasa sesi soal jawab dimana wakil dari Singapura telah disoal dan dipertikai.[6]